KATA ALUAN

Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera (SKAT) Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia. SEDIA, CERGAS DAN MAJU adalah MOTTO sekolah ini. Ia menjadi pemangkin warga SKAT Johor Bahru menjunjung Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk merealisasikan VISI SEKOLAH iaitu menuju SEKOLAH HARAPAN NEGARA pada tahun 2006.

SKAT Johor Bahru menggambarkan betapa gagah dan perkasanya nama itu. Disulam dengan sejarah penubuhan sekolah, bangunan peninggalan kesan sejarah zaman darurat, panorama yang indah dan ceria, sistem pengurusan dan warga murid-muridnya yang unik mencatat tinta sejarahnya tersendiri.

Laman web SKAT Johor Bahru, memberi ruang kepada anda mengetahui betapa kuatnya iltizam warganya berusaha bersungguh – sungguh merealisasikan VISI dan MISI Sekolah.

Kata bijak pandai “Jika tidak dipecahkan ruyong bagaimana hendak mendapat sagunya dan kata hikmat Cemerlang, Gemilang dan Terbilang “Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang tercinta adalah antara wadah suntikan semangat pihak pengurusan, guru-guru, murid-murid, ibubapa dan kakitangan bagi mempertabatkan SKAT Johor Bahru.

Laman web ini juga memaparkan apa yang tersurat dan tersirat dalam segala aspek perjuangan warga SKAT Johor Bahru. sejak penubuhan sekolah ini pada tahun1963 hingga dekad ini. Kami memaksimakan semangat juang setiap insan, kami padatkan jati diri kepada setiap murid, kami murnikan setiap sudut sekolah, kami ungkilkan pelbagai program dan kami canangkan sikap berinovatif dan kreatif setiap warganya..

Dalam menyediakan murid-murid bagi mengharungi cabaran pendidikan era globallisasi pula, SKAT Johor Bahru telah menggerakkan pelbagai program terancang dalam setiap aspek kurikulum, kokurikulum dan pembangunan insan.

Didokong oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pertahanan Malaysia, warga SKAT Johor Bahru amat berbangga dan berterima kasih kerana usaha kami tidak bersendirian. Insyaallah, VISI DAN MISI kami akan menjadi realiti akhirnya.

Selamat melayari laman web kami. Terima kasih. 

Assalamualikum warahmatullah hiwabarakatuh.



Guru Besar SKAT,



E-MAIL : skatjba1011@gmail.com



No comments:

Post a Comment